Sunday, February 5, 2012


WRITTEN BY: CIKGU JAHINI
Untuk anak-anak Tahun 6, baca dan hafal ya nota ringkas Sains ini, Puan Yusnira and The Gang, kalau salah, betulkan ya.
 
1.PMERHATIAN: Pemerhatian ialah apa yang anda perhatikan / kesan menggunakan pancaindera kita ( mata, telinga, hidung, kulit dan lidah).
   Contoh:
               Budak itu kurus.
               Batu itu panas.
               Pokok itu subur.
 
2.INFERENS : Inferens adalah pemerhatian yang dikembangkan dengan memberi sebab / kerana.
   Jawapan mesti bermula dengan ayat berikut.
   ( Apa yang diperhatikan ) kerana ( sebab yang anda agak)
   Contoh: Budak itu kurus kerana sakit.
               Pokok itu hidup subur kerana mendapat baja yang cukup.
 
3.PEMBOLEHUBAH:
   a) Pembolehubah Dimalarkan
      Apa jua perkara / benda yang sama/ tetap/ tidak berubah sepanjang eksperimen dijalankan.
      Persamaan biasanya dari aspek - saiz / suhu/ keadaan/ kuantiti/ isipadu/ jumlah/ bilangan/ bentuk/
      tempat/ lokasi/ cuaca / jenis/ jantina/ masa dll.
      INGAT: Jawapan anda perlu dimulai dengan aspek persamaan, contoh saiz awal ikan, suhu awal air,
                  bilangan biji benih dll.
 
   b) Pembolehubah Dimanipulasi
      Apa jua perkara / benda yang berbeza/ berlainan/ tidak sama sebelum eksperimen dijalankan.
      
   c) Pembolehubah Bergerakbalas
      Keputusan eksperimen - yang berbeza / berlainan/ tidak sama selepas eksperimen dijalankan.
      Biasanya direkodkan  dalam bentuk jadual.
 
    NOTA: Jika soalan mengarahkan calon menyenaraikan 2 pembolehubah / dua maklumat yang
               dikenalpasti, maka senaraikan Pembolehubah Dimanipulasi dan Pembolehubah Bergerakbalas.
 
4. HIPOTESIS: Merupakan apa yang anda jangka akan berlaku dalam sesuatu eksperimen.
                      Hipotesis mengaitkan / menggabungkan Pembolehubah Dimanipulasi dengan
                      Pembolehubah Bergerakbalas.
 
    Jawapan bermula seperti berikut:
    * Semakin bertambah / berkurang ( PDmanipulasi), semakin bertambah / berkurang  ( PB )
 
                                         Atau
    * Jika ( PDmanipulasi) bertambah/ berkurang, maka (PB) akan bertambah/ berkurang.
 
5. HUBUNGAN ANTARA: merupakan kaitan antara Pembolehubah Dimanipulasi dengan
                                      Pembolehubah Bergerakbalas
 
6. TUJUAN UJIKAJI / TUJUAN EKSPERIMEN:
    * Untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah Dimanipulasi dengan Pembolehubah
       Bergerakbalas
    * Menyiasat hubungan antara Pembolehubah Dimanipulasi dengan Pembolehubah
      Bergerakbalas
 
Diambil daripada nota sains suatu ketika dahulu.............sayonara 

No comments:

Post a Comment