Sunday, February 12, 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SKOL 2012


1.Ceramah Ibu bapa cemerlang, anak-anak cemerlang oleh Ustaz Hj Ismail bin Kabut 

2.Kelas bimbingan setiap petang Rabu antara 4.30 - 6.00 petang. Hanya untuk pelajaran B. Inggeris, Matematik dan Sains sahaja.

3.Kelas bimbingan setiap pagi Sabtu. Telah pun bermula.Kelas dimulakan jam 8.00 - 12,30 t/hari. Setiap pelajaran diajar dua jam. ( B. Melayu / Sains) / (B. Inggeris/Matematik)
  Guru Bahasa Melayu: En. Jahini bin Diron / En. Mohd Kamaruzaman b Tukol / Pn. Raihan Musa / En. Mohd Tahir b Osman
  Guru B. Inggeris : Pn. Sarojeni a/p Perisamy / Pn. Siti Suzana bt Subangat/ Pn. Norafida bt Mohd Noor / Cik Nurul Hajar bt Salaton
  Guru Sains        : Pn. Yusnira bt Sabak / En. Shamsuddin Alli / En. Saiful Amri / Hj Zaian b Sairan
  Guru Matematik : Pn. Siti Norazrina bt Kamaruddin / Pn. Nurinda bt Samad / Pn. Ba'diah bt Mat Taib / Pn. Norazean bt Daud
  Gandingan mantap guru-guru Tahun Enam sejak 2005 yang pernah menghasilkan 13 orang 5A dan pencapaian terbaik SK OLak Lempit 75%.

4.Pembacaan ikrar murid setiap pagi Selasa hingga Khamis pada awal pagi. Murid-murid diminta datang awal untuk bersama-sama membaca ikrar cemerlang.

5.Solat Hajat dan solat Dhuha serta bacaan yasin pada setiap pagi Jumaat. Ibu bapa yg lapang diminta hadir bersama. Tempatnya di Surau Merak Kayangan, SKOL.     

6.Latihan Intensif yang akan bermula pada bulan April. Diadakan selang dua minggu sekali. Membiasakan murid-murid dengan format peperiksaan upsr sebenar.

7.Ceramah teknik menjawab soalan oleh guru-guru Tahun Enam SKOL.
   Bahasa Melayu - En. Jahini Diron
   Bahasa Inggeris - Pn. Sarojeni a/p Periasamy
   Matematik   - Pn. Siti Norazrina
   Sains            - Pn. Yusnira
   Diadakan seminggu sebelum sesuatu peperiksaan berlangsung.

8.Ceramah teknik menjawab soalan oleh penceramah luar. Diadakan pada bulan Mac atau April.

9.Makanan tambahan kismis setiap pagi, 7 biji seorang.

10.Program mentor-mente ( anak angkat). 

11.Solat Hajat Perdana sebelum peperiksaan UPSR bermula.

12.Kem Bestari UPSR diadakan seminggu sebelum peperiksaan UPSR , dari pagi hingga petang dan pada masa UPSR berlangsung, diadakan sebelah petang, antara 
     2.30 - 5.00 petang.

Harapan Guru-guru Tahun Enam.
           Setiap program atau aktiviti tidak akan berjaya jika hanya guru-guru sahaja yang bersungguh-sungguh mengadakannya. Ibu bapa perlu berganding bahu agar aspirasi 
anak-anak mendapat 5A tercapai. Beri galakan, sokongan dan bersama-sama anak-anak ketika membuat kerja rumah atau membuat ulang kaji. Jangan biarkan mereka
bersendirian. Anak-anak akan terasa diberi perhatian, kasih sayang jika ibu bapa ada bersama. Peluklah anak-anak, belailah mereka seperti mana kami guru-guru yang 
selalu memberi nasihat tanpa jemu. Jangan kedekut atau rasa sayang untuk pendidikan anak-anak kerana pelaburan yang besar pasti hasilnya juga pasti lumayan.

                   Nukilan  : Jahini Diron       

No comments:

Post a Comment