Sunday, February 5, 2012

BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A MEMBINA 5 AYAT)


WRITTEN BY: CIKGU JAHINI DIRON
BAHASA MELAYU ( BAHAGIAN A - MEMBINA 5 AYAT )
 
Panduan Asas Menjawab Soalan Bahagian A
 
1. Baca dan memahami kehendak soalan sebelum menjawab soalan.
    Gambar tunggal / Dua gambar / Empat gambar
 
2. Kumpul maklumat berdasarkan grafik.
   Contohnya : Di mana - halaman rumah, padang sekolah dll
                     siapa - murid-murid sekolah, guru-guru
                               ( Dua orang murid lelaki / seorang murid perempuan)
                     Aktiviti - gotong-royong / sukan tahunan/ perkhemahan
                     Bagaimana- berlari/ memangkas/ memotong rumput / menanam dll
                     Mengapa - supaya bersih / ceria
 
3. Membina rangka ayat : calon perlu menumpukan kepada subjek ( orang) yang
    terdapat dalam gambar. Calon boleh membuat bulatan pada gambar dan menulis
    aktiviti di tepinya.
 
4. Menulis 5 ayat yang gramatis.
    Ayat mesti ada subjek, predikat dan keterangan ayat untuk mendapat markah yang
    tinggi. Calon perlu menulis 5 ayat sahaja,. Jangan lebih kerana hanya 5 ayat sahaja
    yang akan dinilai.
 
5. Membuat semakan.
   Semak ayat yang calon tulis, iaitu penggunaan kata, tanda baca, imbuhan dan ejaan
   yang betul untuk mendapat markah penuh (10/10). Banyak salah ejaan atau tanda
   baca akan mengurangkan markah calon.
 
Sekian, sayonara.................Abang Joni, SKOL.   

No comments:

Post a Comment