Sunday, February 12, 2012

PAHALA PADA HARI JUMAAT OLEH ABG JONI


1, Pahala mandi sunat Jumaat
          Abdullah bin Abi Qatadah meiwayatkan bahawa pada suatu Jumaat, dia dikunjungi oleh ayahnya, ketika itu ia sedang mandi:
Ayahnya berkata, " Mandilah kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,"Orang yang mandi pada hari Jumaat maka dia dalam keadaan suci hingga Jumaat berikutnya,"

2.Menghapus setiap dosa
           Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Solat 5 waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan itu dapat menghapus setiap dosa yang dilakukan selama dosa itu bukan dosa besar,"

3.Diampun dosa antara dua Jumaat
           Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda: Orang yang menyempurnakan wuduknya kemudian berangkat menunaikan solat Jumaat,  ketika mendengar khutbah dia tidak berbicara, maka dosanya antara dua Jumaat diampunkan ditambah dengan tiga hari ampunan,"

4.Penghuni Syurga
            Abu Said al-Khudri mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ada 5  aktiviti yang menjadikan orang yang mengamalkannya dicatat oleh Allah sebagai penghuni syurgaiaitu, mengunjungi orang sakit, menziarahi jenazah, puasa sehari, pergi solat Jumaat dan memerdekakan hamba,"

5.Tiga golongan pahala Jumaat
     Abdullah bin Amru al-Ash meriwayatkan: " Lelaki yang datang dengan tenang  dan tidak melangkahi bahu orang lain serta tidak menyakiti orang lain,inilah yang   dapat meneghapus dosa hingga Jumaat yang akan datang, ditambah 3 hari ampunan."

6.Hari Jumaat diliputi cahaya
      Abu Musa al-Asyari meriwayatkan: "Hari Jumaat dibangkitkan denegan cahaya terang benderang. Orang yang solat Jumaat berlindung dengannya seperti pengantin. Mereka diberi cahaya dan berjalan dengan cahaya. Cahaya itu seperti seputih salji, seharum kasturi." 

7.Hari Pembebasan Penghuni Neraka
        Anas meriwayatkan: Pada malam Jumaat dan hari Jumaat ada 24 jam.Setiap jamnya Allah membebaskan 600.000 orang dari neraka."

8. Penghulu segala hari
         Lubabah bin al-Munzir meriwayatkan: " Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah.:

9.Masa dikabulkan doa
        Abu Hurairah meriwyatkan: " Hari Jumaat ada waktu tertentu yang mana doa seseorang muslim yang berdiri solat pasti dikabulkan."

10. Masa terbaik melakukan ibadah

11. Setiap langkah dinilai Ibadah

12. Pahala berangkat awal ke masjid

13. Para malaikat mencatat kedatangan jemaah

14. Rahmat datang awal ke masjid

15. Datang awal memperoleh keberkatan

Sumber daripada buku Yasin & Amalan Jumaat oleh Muhammad Isa Selamat. 

No comments:

Post a Comment