Tuesday, February 7, 2012

BAHASA MELAYU (PENULISAN)

WRITTEN BY: CG JAHINI DIRON
Bahagian B ( menjawab soalan karangan)
* Calon-calon ada kalanya fobia dengan dengan soalan karangan. Kata-kata yang selalu diungkapkan adalah, "macam mana nak mula ni, macam mana nak tulis cikgu, tak tau la"
Untuk merungkaikan permasalahan tersebut, cuba ikut langkah-langkah di bawah, pastinya akan berhasil. Cuba, jangan tak cuba.
Sejak tahun 2005, terdapat 3 pilihan soalan karangan, soalan 1, soalan 2 dan soalan 3. Pilih satu soalan sahaja. Pilih soalan yang paling senang, yang anda paling tahu dan paling mudah untuk anda jawab. Jangan cuba menjawab soalan yang anda suka tetapi anda tiada idea untuk menghasilkannya. Jangan anda menangis selepas keluar dari dewan peperiksaan. Kebiasaannya soalan karangan UPSR berkisar dalam lingkungan sekolah atau di sekelilingnya. Saya senaraikan langkah-langkah yang perlu anda ikuti.

1. Baca dan memahami kehendak soalan.
      Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak dan arahannya. Biasanya kehendak soalan terdapat pada ayat yang terakhir. Ingat, jangan gopoh ketika memilih soalan.
pilih satu soalan yang paling senang, paling mudah  dan anda tahu untuk menjawabnya.

2.Membuat rangka karangan
      Rangka karangan amat penting. Calon mesti membuatnya. Jangan sesekali terus menulis karangan tanpa membuat rangka karangan walaupun anda tahu tajuk soalan tersebut. Contenglah kertas soalan tersebut dengan rangka karangan anda. Tulislah berapa banyak isi/idea yang anda dapat tentang karangan yang anda pilih.Sekurang-kurangnya anda mendapat 3 idea/ 4 idea atau 5 idea. Jangan terlalu lama mencari idea karangan. Cukuplah sekadar 5 hingga 10 minit.

3, Menulis karangan yang lengkap.
       Tulislah karangan yang lengkap. 
Dimulai dengan pendahuluan. Ditulis dalam satu perenggan,panjangnya memadai dua/tiga ayat. , isi-isi/idea-idea karangan sekurang-kurangnya   
 4.Menulis karangan 
   a. Setiap karangan mesti dimulai dengan pendahuluan, ditulis dalam satu perenggan, memadai 2 atau 3 ayat sahaja. Jangan sesekali menulis pendahuluan yang terlalu panjang.   
   b. Perenggan kedua/ ketiga/ keempat/kelima adalah untuk isi karangan. Setiap satu isi mesti ditulis dalam satu perenggan. Setiap isi perlu ada huraian dan contoh. Panjangnya  
       memadai tiga atau empat ayat.
   c. Perenggan penutup. Mesti ditulis. Karangan yang tiada penutup , umpama pergi ke sekolah tidak sembahyang suboh. Tulislah dalam 2 atau 3 ayat.

5.Membuat semakan karangan.
   Baca karangan yang sudah siap. perhatikan kosa kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca, Jika ada kesilapan, betulkan segera. Sekiranya banyak sangat kesalahan, akan 
   mengurangkan markah calon. 

No comments:

Post a Comment