Thursday, January 26, 2012

Salurkan idea, maklumat, nota-nota untuk tahun 6 atau maklumat yang bersesuaian....






Jika guru-guru SKOL mempunyai maklumat atau perkara-perkara yang perlu diuar-uarkan, juga nota-nota yang mahu dikongsikan guru dan pelajar atau apa sahaja maklumat cerita dan sebagainya yang difikirkan mendatangkan manfaat , emelkan ke zaianskke@gmail.com.

Solat Hajat, Dhuha, Bacaan Yasin di bangunan baru Pra 4.....


Solat hajat, dhuha dan bacaan Yasin bersama Pentadbir dan beberapa orang Guru dan pelajar tahun 6 sempena penggunaan bangunan baru kelas Pra 4. Kepada Hjh Asmiah dan pembantunya serta murid Pra 4, selamat belajar di bangunan baru.








Wednesday, January 25, 2012

Perkongsian dari Tuan PPPD (Akademik)........



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Manusia biasanya, dalam kepala mereka ada tiga bilik tertentu.
Bilik 1. Sibuk dan terkenang dengan sejarah yang telah berlalu. Sedih atau gembira dan berbangga atau menyesal terhadap apa yang telah berlalu. 

Bilik 2. Sibuk dengan isu-isu semasa. Menyalahkan atau berbangga dengan apa yang berlaku atau apa yang dilakukan. Suka beri komentar terhadap apa yang berlaku. Pengkritik sepenuh masa.
 
... 
Bilik 3. Sentiasa memikirkan masa hadapan dan apa sumbangan dan penyelesaian yang boleh disumbangkan. Bilik ini sangat sempit bagi orang yang berfikiran negatif.

Ayuh besarkan bilik 3 tanpa menafikan bilik 1 dan 2. Jadilah kita penyumbang kepada masa hadapan. Persiapan buat "day after".

DIET seimbang yang dicadangkan untuk pelajar SKOL tahun 6 2012

1. 7 PAGI - Kalori (20%)
    Roti kosong( 2 keping) / capati (sekeping)/ oat (secawan)/ pau(sebiji)/ susu/minuman manis (sekali sehari sahaja)
2. 10.00 PAGI - Kalori (10%)
    Epal (1/2 biji) / biskut (2 keping) dan air putih
3. 1.00 TGH - Kalori (25%)
    Nasi (1 hidangan), lauk (1 hidangan), sayur (1 hidangan) dan air putih.
4. 4.00 PTG - Kalori (10%)
    Kurma (sebiji besar) dan air putih
5. 7.00 Malam - Kalori(25%)
    Nasi (1 hidangan), lauk (1 hidangan), sayur (1 hidangan) dan air putih.
6. 10.00 Malam - Kalori (10%)
    Epal (1/2 biji) / biskut (2 keping) dan air putih

Tuesday, January 24, 2012

WAHAI IBU DAN BAPA ,,,,

Anak merupakan amanah kepada ibu bapanya. Dari Abu Hurairah, Rasullullah SAW bersabda:
" Setiap anak dilahirkan di dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Majusi, Yahudi atau Nasrani."(Bukhari).
Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapanyalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas ibu bapalah yang akan menentukan samaada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.

Saturday, January 21, 2012

7 CABARAN UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG

7 CABARAN UNTUK PELAJAR TAHUN 6 SK OLAK LEMPIT

1. Membentuk wawasan yang jelas - 5A UPSR 2012
2. Menjadi pelajar yang aktif dalam pembelajaran semasa di bilik darjah 6E,6M,6J dan 6U
3. Menjadi pelajar yang cekap dalam pengurusan masa.
4. Mengekalkan kesihatan yang baik.
5.Membangunkan minda (sentias berfikir positif)
6. Sanggup berubah (lebih mengutamakan pelajaran)
7. Mengukuhkan benteng kerohanian (banyak berdoa, solat hajat, membaca Al-Quran)  

Friday, January 20, 2012

MULAKAN TAHUN 2012 DENGAN AZAM BARU


Setiap tahun SKOL menerima pelajar yang berbeza azam, kecekalan dan ketekunan bagi meghadapi peperiksaan. Namun apa yang penting persediaan awal menghadapi UPSR 2012 amat didambakan. Tahun 2012 merupakang pelajar tahun 6 SKOL yang menjadi anak angkat kepada MAHB