Artikel sumbangan Cikgu Jahini
Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR
Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR
1.............. dinasihati supaya menjawab semua soalan dalam tempoh lima puluh minit.
A Awak B Engkau C Anda D Tuanku
2................ akan menyampaikan ucapan sebelum merasmikan pelancaran kempen berkenaan.
A Ia B Beliau C Kamu D Mereka
3.Terjahan .............. pemain pertahanan itu menyebabkan kaki Toress cedera teruk.
A kasar B kesat C keras D padu
4.Kerana asyik bekerja, aku berasa sungguh ..................
A lesu B lemah C lembik D bengang
5.Baginda ............. kerana titah perintahnya tidak diendahkan oleh Hang Tuah.
A marah B bengang C geram D murka
6.Ayah menyuruh abang ............ kasut yang hendak dipakainya ke pejabat.
A mengelap B menggosok C menyental D menggilap
7.Murid-murid yang ponteng sekolah itu, lari .............. apabila melihat dua anggota polis menuju ke arah mereka.
A riuh-rendah B huru-hara C lintang-pukang D mundar-mandir
8.Perasaan kami ........... setelah melihat rumah jiran dijilat api.
A hingar-bingar B licin-licau C gundah-gulana D kusut-masai
Betul atau salah frasa ayat di bawah
9.Setiap orang murid .............
10. Semua orang murid ............
11. Perabot itu dibuat daripada kayu jati. ...........
12. Adalah dimaklumkan .................
13. Dengan ini dimaklumkan bahawa ...................
14. Saya menunggunya dari jam lapan pagi ................
15. Layang-layang itu tersangkut pada dahan ............
16. Di waktu pagi begini, saya .............
17. Dari hari ke hari ...................
18. Dari semasa ke masa ..................
19. menghidangi ayah secawan kopi ............
20 Ibu (menjahitkan / menjahit) kakak baju kurung.
21. Ibu (menghidangkan / menghidangi) tetamunya
22. Abang ( membaca / membacakan ) ayah sepucuk surat
23. Abang ( membaca / membacakan) sepucuk surat
24. ( Kedua / Kedua-dua) orang warga asing itu akan dihantar pulang
25. ( Dalam / Di dalam ) pertemuan itu, mereka
26. Buku itu ada ( di dalam / dalam ) bilik.
27.Van itu terbabas di selekoh ( berbahaya / merbahaya ).
28.Nenek itu tidur ( berbantalkan/ berbantal) lengannya.
29. Pengembara itu berjalan ( berpandu / berpandukan ) pada bintang di langit.
30.Ayah sedang ( memperdalam / memperdalamkan / mendalamkan ) kolam di belakang rumah.
31. Ruang dapur rumah saya akan ( diperbesar / diperbesarkan ) oleh ayah.
32. Ali akan menghadiri ( temuduga / temu duga ) pada esok hari.
33.Baginda berkenan untuk ( menganugerahkan / menganugerahi) Ali pingat kebesaran ......
34.(Pelbagai / berbagai ) alasan diberikan apabila ditanya
35.Nisa ialah murid yang ( paling cerdik / paling cerdik sekali) di kelas 6 Elit.
36......angin bertiup ( kencang / kuat )
37. ...kejadian tanah ( runtuh / tumbang )
38. ......kawasan ( pedalaman / pendalaman ) Sarawak
39. ......( perletakan / peletakkan) jawatan
40. .......penerangan oleh Cikgu Esah ( begitu jelas sekali / sangat terjelas sekali )
semoga mendapat kejayaan dalam Ujian Bulanan Pertama ...... abang joni
No comments:
Post a Comment