Wednesday, March 21, 2012

LATIHAN TATABAHASA 2012


LATIHAN TATABAHASA
DI SELENGGARAKAN OLEH: CIKGU JAHINI


Latihan Tatabahasa 01

1.Pemuda itu cacat penglihatan sejak kecil. (Oleh  
   sebab itu / Tambahan pula / Walau
   bagaimanapun ), dia berjaya menjadi murid   
   cemerlang  di SK OLak Lempit.

2.Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah  
   menyampaikan se(untai / baris / deret ) pantun.

3.Fuad (terlentang / terjelepok/ tergelincir) kerana  
 tidak berhati-hati semasa menuruni tangga yang licin.

4.Tokoh ( karyawan/ usahawan/ budayawan) itu  
    menyampaikan ceramah yang bertajuk
    ‘Rumah Tradisional Melayu’dalam majlis itu.

5.Puan Mei (terangguk-angguk /tersengguk-sengguk/
   terlentuk-lentuk) ketika menunggu anaknya yang
   sedang menjalani pembedahan.

6.”Pihak (kami /kita/saya) akan menyiasat aduan yang   
   telah (anda/ kalian/pak cik) buat ini dengan secepat  
   mungkin,”kata Sarjan Ali kepada Pak Meon.

7.Pak Musa sedang (melorek/ melarik/ mengukir)  
   gasing yang ditempah oleh pelancong itu.

8.Kamal (berasa/merasa/perasa) gembira ( kerana /
   sehingga/ kecuali) dia mendapat tawaran belajar
   di sekolah berasrama penuh.

9.Jamal (menyatakan/menyampaikan/mengucapkan)
   tahniah kepada pasangan pengantin itu.

10.(Seluruh/ Semua / Tiap ) buah limau itu telah 
    dibahagikan kepada (segelintir/ enam/ kelapan) 
    orang kanak-kanak itu.

11.”Kawan-kawan, (tolong/ sila/ usah)lah kita  
     membuang masa dengan perkara yang sia- 
     sia,”kata Aiman.

12.Kakak mencuci keretanya (sambil/ sementara/ lalu)
     mendengar radio di halaman rumah.

13.Datin Maria berasa gembira semasa menerima 
     (alu-aluan/ kata-kataan/ puji-pujian) daripada
     para tetamunya.

14.(Seberkas/ Segemal/ Sebatang) kayu api  
     digunakan oleh Limah untuk (merebus/menjerang/
     merenih) ketupat-ketpat itu.

15.Nora ( berat hati/ jauh hati/ cekal hati) apabila tidak
    dipedulikan oleh kawan-kawannya.

16.”(Saya/ Kami/ Kita ) yang menyusun meja-meja  
     ini,” kata Arif dan Arof kepada Cikgu  Hamid.

17.Zaki (mengepit/ memapah/ mengusung) rakannya 
     yang cedera ketika perlawanan hoki  itu.

18.Ibu mengambil cuti selama dua hari ( demi/ 
     lantaran/ manakala) terpaksa menjaga anaknya  
     yang sakit di rumah.

19.Pak Abi sedang ( menetak/ menakik / membelah)
     kayu itu untuk dijadikan kayu api.

20.Azmin memasang ( bubu/ lukah/ jerat) di hutan 
     untuk memerangkap pelanduk.

21.Amir (langkah kiri/ langkah kanan/ murah hati)
     apabila tiba di kampungnya pada musim buah-
     buahan.

22. Para penonton ( terpesona/ terharu/ terpegun)
      melihat aksi pesilat itu bermain senjata.

23.Kanak-kanak itu ketawa ( teresak-esak/ terbahak-
     bahak/ tersengih-sengih) menonton gelagat badut
     membuat lawak di atas pentas.

24.Dalam seminggu, Mak Utih mampu (menganyam/
     menjahit/ menenun) dua helai tikar mengkuang.

25.Setelah kematian ayah, ibu bekerja keras untuk
     ( mencukupi/ memenuhi/ membiayai) persekolahan
      kami adik-beradik.

26.Hasrat ayah untuk ( menaikkan /menunaikan/
     menjelaskan ) haji tidak kesampaian kerana tidak
     mempunyai visa perjalanan yang sah.

27.Afizi mengikut ibunya ke bendang sambil   
     ( menunda/ menyorong/ menyeret ) basikalnya.

28.Ibu dan ayah  telah ( memberikan /menyampaikan/    
     mengagihkan) sebuah komputer  kepada Alia 
     sebagai hadiah kejayaannya mendapat 5A.

29.Halim ( membelai-belai/ membelek-belek/
     membaca-baca )  majalah tentang kesihatan.

30.Air sungai itu mula (  meninggi / melimpah /
     membuak) setelah hujan lebat sepanjang hari.

31.( Dari/ Daripada /Di ) pagi tadi, ibu ke rumah
      Kak Kiah.

32.Ibu ( membentangkan/ mengalaskan/menebarkan)
      meja makan itu dengan sehelai kain .

33.Masyarakat majmuk di Malaysia mestilah selalu
     (bermesyuarat/  berbincang / bermuafakat) untuk
     mewujudkan keharmonian.

34.Gerakan pesilat yang ( tangkas/ cepat/ hebat )
     mendapat tepukan gemuruh (daripada / dari )
     para penonton.

35.Pak Mail (mengeluh/ merintih/ menangis) panjang
     apabila mengenangkan sikap anak-anaknya yang 
     jarang pulang menjenguknya di kampung.
Tatabahasa  02
1.Tangan Isma ( melebur/ melepuh/ melelas) kerana 
    terkena minyak panas ketika menggoreng ikan.

2.Milah tidak dapat memakai baju yang dipamerkan
   itu kerana semuanya (lebar-lebar / besar-besar/
   luas-luas).

3.Pasukan bolasepak OLak Lempit FC terpaksa
   (dimatikan / dimansuhkan / dibubarkan ) kerana
    ketiadaan penaja.

4.Pembayaran yuran persekolahan telah (dibatalkan/
   dimansuhkan / ditamatkan) oleh kerajaan .

5.Penyertaan pasukan boling SK Olak Lempit telah
   (dibatalkan / ditamatkan / dimansuhkan ) kerana
   melanggar syarat pertandingan.

6.Besi-besi tersebut perlu ( dimasak/dilebur/dilepuk)
   hingga cair sebelum dituang ke dalam acuan.

7.Azmi telah ( melepuk / melelas / melepek) Baha
   setelah Baha menghina dia dan keluarganya.

8.Daud (menyokong/menopang/ menahan) pokok 
 pisang itu dengan sebatang kayu untuk mengelakkan 
   pokok pisang itu ( roboh/ tumbang / runtuh ).

9.Peniaga telefon itu ( menggaris/menggesel/
   menggores) kad prabayar dengan duit syiling untuk
   memasukkan nilai tambah telefon pelanggangnya.

10.Penduduk Kampung Mersing ( bertukar-tukar /
    berganti-ganti/ bergilir-gilir) meronda kawasan
    kampung pada (setiap / tiap-tiap) malam.

11.Malek berasa ( sayup / takut / gayat ) apabila
    memandang ke bawah dari anjung rumah pangsa
    kakaknya di tingkat lapan.

12.”Segeralah (kalian / kamu/ kita ) persiapkan 
     kelengkapan untuk menyambut kepulangan
    putera ( hamba/ beta/ patik / tuanku )itu.”titah
    Sultan Mahmud kepada para pembesar istana.

13.Aidil masih tetap menanti kehadiran kawan-
     kawannya ke rumah kami walaupun setelah
     ( satu jam suku/ satu suku jam).

14.Debu di atas meja itu ( hilang/ lesap/ terbang )
     ditiup angin setiap kali jendela dibuka.

15.”Saya seronok dan (bangga/ yakin/  teruja) apabila
    mengikuti kursus latihan memandu buat pertama  
    kali.”kata salah seorang peserta kursus.

16.Sebelum menceburi dunia perniagaan, Zaki telah
     mempelajari ( selok-belok/ desas-desus / tindak-
     tanduk) berniaga tertutama pengurusan modal.

17.Safie dikekang oleh pertahanan lawan tetapi
  akhirnya dia dapat ( melarikan/ menghilangkan/
  meloloskan) diri dan merembat bola ke gawang
   lawan.

18.Baru pagi semalam bapa Raju ( memotong/
     mencukur/ mencantas ) jambang dan kumisnya.

19.Barisan tentera Melaka (datang/ mara / maju )
     dengan pantasnya walaupun mendapat
     tentangan hebat ( dari / daripada ) musuh.

20.Sultan Selangor telah mencemar duli (makan/
      beradu/ bersantap) bersama-sama rakyat
      jelata di khemah yang disediakan.

21.Amalan (menziarahi/ melihat/ menengok) orang
     yang sakit di hospital merupakan amalan mulia.

22.Penjual daging ayam itu dikompaun oleh pihak
     berkuasa ( oleh sebab/ kerana/ oleh kerana )
     menjual daging ayam tanpa mengikut harga
     ( tetap/ mati / siling / runtuh ).

23.Puan Jenab sedang ( mengangkat/ menjinjing/
     menatang ) beg plastik yang berisi buah rambutan
     untuk disedekahkan kepada jirannya.

24.Kita boleh bertanya kepada guru-guru tentang
     ( mana-mana/ apa-apa / bila-bila ) yang kita tidak
     fahami agar kita tidak ketinggalan ( dalam 
     / di dalam ) pelajaran.

25.Para penumpang ( bersaing-saing/ bertarik-tarik/
     berbondong-bondong ) naik ke (kereta api /
     keretaapi / keretapi ) setelah menanti hampir
      satu jam.

26.Yang Dipertuan Agong telah memberikan (mandat/
     perintah / arahan ) kepada Perdana Menteri untuk
     membentuk kabinet baru.

27.Ibu ( mencelupkan/ mencampurkan / meletakkan)
     pisang yang telah dibelah ke dalam adunan tepung   
     sebelum menggorengnya.

28.Dibah memberitahu ibunya (tentang / bahawa / 
      yang ) keputusan peperiksaan UPSR akan  
      diumumkan ( di / pada / ke ) minggu depan.

29.Adik mencucuk kotak rokok itu dengan paku
    hingga ( bocor/ keluar/ tembus ) ke sebelah bawah.

30.Walaupun Abu berasa penat bekerja ( berulang-
    alik / mundar-mandir / bolak-balik ) dari Klang ke
    Ipoh, namun gaji yang diterimanya amat ( berbaloi/
    bertepatan / bersesuaian.)

31.Leha ( mengendap / mengintip / mengintai ) dari
      celah tingkap untuk melihat orang yang   
      memanggilnya.


Tatabahasa  03
1.Kemalangan ( antara / di antara ) kereta dengan lori 
   itu , (tepat-tepat / betul-betul /terang-terang ) berlaku
   di hadapan sekolah rendah.

2.Wak Janggut ( merentap/ menyentak / menarik ) 
   kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan.

3.Orang ramai di dewan itu begitu ( terpukau / terleka/
    tergamam ) oleh kelancaran Dato’ Rais Yatim
    berucap.

4.( Di / Pada ) petang itu,hujan turun sangat lebat dan
     disertai kilat yang ( memancar-mancar/ sabung-
     menyabung / berkilau-kilauan ).
/
5.Para pemain Terengganu ( menjunjung/ 
   mengangkat / menjulang ) Piala Malaysia yang
   dimenangi setelah mengalahkan Selangor.

6.Bangkai ikan paus yang mati itu ( terlantar/ 
   terdampar / tersadai / terbaring ) di tepi pantai.

7.”Jika ( anda/ kamu/ engkau) tidak faham, bertanya-
    lah kepada ( saya/ kami / aku ),”nasihat  Cikgu
    Nadia kepada Alif.

8.( Dari / Daripada / Pada ) hari ke hari, Akim 
    menunggu keputusan (temuduga / temu duga)
    sebagai guru.

9.(Jururawat / Juru rawat ) itu sedang (mengajar /
    mengajarkan) pesakitnya cara untuk berjalan.

10.Sebagai akibat makan terlalu banyak, perutnya
    terasa sangat ( senak / sesak / kejang/ mampat ).

11.Puan Lim setiausaha di sebuah syarikat swasta.
    (Lantaran itu / Di samping itu / Sehubungan itu ),
    dia melibatkan diri ( dalam / di dalam ) bidang
    jualan langsung pada setiap hujung minggu.

12.Pohon kelapa itu ( tumbang / roboh/ runtuh )
     ( merentangi / melintasi / melalui ) anak sungai.

13.Lima tahun dahulu sudah ada beberapa 
     kertas (siasatan / siasat / penyiasatan) tentang
     masalah penyalahgunaan kuasa itu.

14.Dua ( utas/ rawan/ bentuk ) rantai emas dan tiga
     ( biji / pasang / butir ) anting-anting kepunyaan
     Datin Maria hilang ( bila / apabila ) rumah ( dia /
     beliau ) dimasuki pencuri.

15.Murid-murid Enam Usaha sudah ( bulat kata /
     bulat mata / bulat hati ) untuk membersihkan
     kelas mereka pada hujung minggu ini.

16.Pembangunan di kawasan Lembah Kelang amat
    ( cepat / pesat / laju ).

17.Bumbung rumah Kamal runtuh kerana ( kekuda/
    kekisi / sesiku ) rumahnya tidak dipasang dengan
    kukuh.

18.Sudah 20 tahun,nenek mengusahakan perniagaan
     bantal ( lelabi / lelabu / kekabu ).

19.Pegawai tentera yang berkumis tebal  itu telah
    memberikan arahan kepada anggota bawahannya
    dengan suara yang ( lunak/ nyaring/ garau/merdu).

20.Puan Nani telah ter(jual/ beli/ terpesan) dua tin
     sardin yang telah ( lupus/ lusuh/ luntur/ luput)
     tarikhnya.

21.Hani (bekerja/ berkerja) di kilang itu (sejak/sambil/
     sehingga) akhir tahun ini .

22.”Tugas yang diberikan akan ( kita/ kami/ kalian)
     laksanakan dengan amanah dan bertanggung-
     jawab,” ikrar semua pengawas SK OLak Lempit.

23.Sultan Saleh (menganugerahi/menganugerahkan)
     Cikgu Azmi Pingat Jasa Kebaktian.

24.Sultan Saleh ( menganugerahi/menganugerahkan)
     Pingat Jasa Kebaktian kepada Cikgu Azmi.

25.Cikgu Azed (dikurniakan/ dikurniai) oleh Sultan
     Salehudin Pingat Jasa Pahlawan.

26.Cikgu Azed (dikurniakan/dikurniai) Pingat Jasa
     Pahlawan oleh Sultan Salehuddin.

27.Lampin pakai buang jenama Bagussss, mendapat
     sambutan hangat kerana mempunyai daya (serap/
     tahan/ upaya) yang kuat.

28.Ibu menyimpan lima ( butir/ biji/ ketul) tomato dan
    beberapa ( ketul/ batang/ bilah) tulang lembu
    di dalam peti sejuk.

29.Tiang kayu rumah datuk saya kelihatan telah reput
   akibat dimakan ( angkut-angkut / ampai-ampai /
   anai-anai / umang-umang ).

30.Cikgu Bedah ( mengajar/ mengajarkan) pelajaran
    Sains kepada murid-murid Tahun Enam Zuhal.

31.Cikgu Saad (mengajar/ mengajarkan) murid-murid
     Tahun Enam Jaya pelajaran Matematik.

32.Tebing sungai (retak/ retas/ rebak/ rebah) akibat
      hujan (lebat / gerimis/ banyak ) sejak semalam.

33.Salina ( belum/ masih/ telah ) ingat akan segala
     pesanan ibunya agar dia tidak cepat berputus asa.

34.Kakak sedang ( menggaul/ menguli/ menggacau)
     adunan tepung itu hingga sebati.

35.Banyak ( sasterawan/ budayawan/ sukarelawan)
  memberi bantuan menyelamat mangsa tanah runtuh.
Tatabahasa  04
1.Sudah seminggu Zaki ( terdampar/ tersadai/terlantar
   terkandas) di hospital kerana demam denggi.

2.Bangkai ikan paus itu ( terdampar/ tersadai/terlantar
   terkandas) di tepi pantai Morib.

3.Telah tiga hari, lori itu ( tersadai/ terkandas/terlantar
   terdampar) di tepi jalan kerana rosak.

4.Kapal laut itu ( tersadai/ terlantar/ terkandas ) di tepi
   pantai kerana (dipukul /dihentam) ribut malam tadi.

5.Aiman ( berasa / merasa) ( gayat/ gugup/ gagap/
   gusar) ketika menaiki kereta kabel di Langkawi.

6.Jangan ketawa apabila melihat Enot bercakap,
    kerana dia ( gugup/ gayat/ gagap/gusar) sejak
    kecil.

7.Setiap kali berhadapan dengan Wirda yang cantik 
   itu, pasti abang Jack berasa ( gagap/ gusar/gugup).

8.Sepanjang minggu orientasi, para penuntut baru
   berada dalam keadaan ketakutan, (gagap/ gusar/
   gugup) dan tidak tenteram.

9.(Sesetengah/ Setengah/ separuh) orang tidak
   gemar makan ikan air tawar kerana baunya
   yang ( hancing/ hamis/ hanyir).

10.Dia memang ( puteri lilin/ telinga kuali/ bodoh
     sepat) walaupun sering diperlekeh oleh
     kawan-kawannya.

11.Alif ( menebarkan/ menghamparkan/ membentang-
    kan) tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.

12.Joran Azizi (melentok-lentok / melentik-lentik /
     meliang-liuk ) ditarik ikan yang dipancingnya.

13.Budak itu (melentok-lentok/ melentik-lentikkan/
     meliang-liuk) badannya sambil meronta-ronta
     tidak mahu dipegang oleh ibunya.

14.”Permaisuri  sedang bersantap bersama-sama
      keluarga ( beta/ tuanku/ baginda ),” kata dayang
      kepada Bendahara.

15.Raju menekan loceng bas apabila (jauh/ jarang/
     nyaris/ hampir) tiba di sekolah.

16.Pencemaran air di sungai itu bertambah ( buruk/
     sarat/ berat) kerana tidak mendapat kerjasama
     ( dari / daripada ) penduduk.

17.Lijah ( awal/ segera/ cepat) datang ke hadapan 
     kelas ( bila/ apabila) dipanggil oleh Cikgu Aznil.

18.Amer telah mendapat  pekerjaan ( dan/ maka /
     kerana ) dia berjanji kepada keluarganya untuk
     membiayai persekolahan adiknya ( sehingga /
selagi/  sekiranya) dia mampu.

19.(Apabila / Walaupun) pihak lawan cuba merampas
     bola itu ( dari/ daripada/ pada) Ani, dia melempar-
     kannya kepada Hanim.

20.Wartawan itu sedang membuat ( ucapan / litupan /
     liputan) tentang kejayaan SK OLak Lempit dalam
    pertandingan anjuran MAHB.

21.Murid-murid diharap agar mengambil
    ( kesungguhan/ keterangan / keingginan/
    kesempatan) untuk mengetahui teknik belajar yang
    betul daripada kursus motivasi .

22.Sesi ( temu janji / temu ramah/ temu duga) dengan
    angkasawan negara dirakam oleh pihak media.

23.Aina sekeluarga ( baik-baik/ harap-harap/ senyap-
     senyap) bercuti ke Pulau Langkawi pada bulan
     lepas.

24.Kak Kiah menggunakan beberapa ( ikat/ tangkai/
     jambak ) daun sirih untuk membuat ( hiasan/
     karangan/ gubahan ) sempena perkahwinan
     anak saudaranya.

25.Sikap hemat berbelanja ( walaupun/ bukan sahaja)
    berfaedah kepada diri sendiri ( namun/ malahan)
    kepada negara juga.

26.Pak Yus menggunakan kerbau dan tenggala untuk
  (mencakar/ menajak/ membajak) tanah bendangnya.     

27.Pada masa lapang, Mak Teh mengambil upah
    ( menjahit / menyulam/ menyirat/ menyemat) atap
    untuk menyara hidup keluarganya.

28.Mata Milah berair dan berasa ( pedih/ pedas/pedar
     kerana terkena asap.

29.Lili suka memakai baju berwarna (malap/ terang/
     kelam) untuk menarik ( pandangan/ perhatian/
     tarikan) teman-temannya.

30.Beberapa orang ahli pengakap sedang (menabur/
      membuang/ mencampak) belerang di sekeliling
      khemah.

31.Gawang gol Selangor hanya (terbolos/ dibolos/
      berbolos)dengan satu gol sahaja.

32.Matahari kian ( lurus/ senget/ condong/jatuh) ke
  barat,siang yang cerah akan bertukar menjadi gelap.

33.Flora dan fauna adalah sebahagian (dari/ 
     daripada/ pada) faktor keindahan alam semula jadi 
     dan perlu dijaga .


Latihan Tatabahasa  05
1.Semasa menduduki peperiksaan, calon perlu
memahami soalan yang diberikan. ………….. barulah menjawab soalan.
A   Oleh itu                          B   Selepas itu
C   Sebelum itu                  D   Justeru itu

6.Azila pernah bertugas sebagai ……………. dalam Sukan Komanwel yang diadakan di Malaysia.
A   pahlawan                      B   negarawan
C   sukarelawan                 D   karyawan

3.(Pramugari/Peragawati/Olahragawati) itu
    menerima pingat emas daripada Guru Besar
    dengan gembira .

4.(Pengambil/Pengambilan/ Mengambil) makanan
    seimbang pada setiap hari penting untuk menjaga
     kesihatan tubuh badan kita.

5.Para penonton terhibur mendengar lagu
   dendangan (jurujual/ jurucakap/juruacara)
   pertandingan Kilauan Emas.

6.Para peniaga mengalu-alukan ( pendatang/
    kedatangan/didatangi) orang ramai ke pameran
    lukisan dan kraf tangan di PWTC.

7.Permukaan papan yang belum diketam begitu
   ( kaku/ kesat/ keras/ kasar) sekali.

8.”Hebat ( sungguh/ paling/ nian) persembahan 
    drama itu,” kata Limah.

9.Bot-bot nelayan itu  ter(dampar/ sadai/ baring)
    di (tebing/ tengah/ pinggir ) pantai kerana musim
    tengkujuh.

10.Restoran Seri Lima itu telah diwarisi secara (suku-
     sakat/ turun-temurun / bersusur-galur) oleh
     keluarga Haji Kassim.

11.Setelah mengopek se(longgok/ biji /buah ) durian,
     ayah telah membahagikan dua (biji/ ulas/ pangsa)
     buah durian itu kepada adik.

12.Kita dilarang sama sekali membuka ( jalan/ 
      langkah/ tembelang) kawan di hadapan rakan-
      rakan yang lain.

13.Syarikat Joni telah menderma 100 ( bungkus/
      buah/ kampit) beras Jati kepada mangsa-mangsa
      banjir.
14.Ibu (memerap/ memeram/ mengeram) buah
     pisang tanduk itu supaya cepat masak.

15.Sambil duduk (bersila/berlutut/bersimpuh),
     Kael (menyarungkan/mengalungkan) cincin
     ke jari manis isterinya yang duduk (bersimpuh/
     bersila/ melunjur).

16.Kaki Anis (melebur/ melepuh/ melecet/melecur)
     kerana memakai kasut yang sempit ketika
     menyertai pertandingan merentas desa.

17.Jantungnya ber(degup/ denyut/ derau)kencang
      semasa keputusan peperiksaan diumumkan.

18.Pada waktu malam, ribuan (kupu-kupu/ obor-
     obor/kunang-kunang/umang-umang) membanjiri
     tebing sungai Kuala Selangor dengan kelipan
     cahaya yang mengagumkan.

19.Mangsa yang  disengat oleh ( obor-obor/umang-
      umang/ kunang-kunang) perlu mendapat rawatan
      dengan segera.

20.Barang-barang jualan di pasar malam itu,(kacau-
     bilau/ pontang-panting/ kusut-masai) setelah
     dilanda ribut.

21.Kumpulan pendaki itu memerlukan seorang
     (juruarah/jurupandu/jurumudi) untuk mendaki
     Gunung Everest.

22.Cikgu Molly (merenjis/menjirus/mencurah)
     sedikit air ke muka Anis yang pengsan itu.

23.Mak Minah ( mendongak/ menegak/menjenguk)
    ke luar tingkap untuk melihat orang yang datang
    ke rumahnya.

24.(Geselan/ Gesekan/Geseran/Gosokan)biola oleh
     pemuzik cilik itu begitu mengasyikkan.

25.Kawasan Bandar Shah Alam mempunyai penduduk
     yang ( padat/ sarat/ sendat/ penuh).

26.Kerja-kerja ( menyirat/menjahit/menampal) pukat
      yang koyak memerlukan kesabaran yang tinggi.

27.Ana masuk ke kelas ( tatkala/ setiap/ sehingga )
     Cikgu Aini sedang mengajar.
28.Tiupan angina ( deras/ cepat/ kencang ) telah
     (meruntuhkan/menumbangkan/merobohkan)
     pokok besar di tepi rumah Pak Meon.
Tatabahasa 06
1.”Saya berharap agar ( kamu/ anda/ kalian/awak)
    dapat hadir ke majlis itu,”kata Cikgu Razif kepada
    murid-muridnya.

2.Hatinya (runsing / murung/ pedih) apabila mendengar berita bahawa ayahnya sakit di kampung.

3.( Mengambilkan/ Pengambilan / Ambilan ) makanan
   seimbang ( di / pada) setiap hari penting untuk
   menjaga kesihatan tubuh kita.

4.Para (penonton/penuntun) mendengar lagu yang
   didendangkan oleh ( jurujual/ juruhebah/juruacara)
   pertandingan Bintang Klasik Nasional itu.

5.Kedengaran bunyi mercun (berdentam-dentum/
   berduyun-duyun/bergegak-gempita) menandakan
   esok Hari Raya Aidilfitri.

6.(Oh / Amboi/ Wah ) , kemas dan bergaya sungguh
    Samad hari ini!

7.”Bilakah ( kami / saya/ kalian) akan mengadakan
    latihan drama?”Tanya Munah kepada Mala dan
    Meon.

8.(Meskipun/ Jikalau / Ketika )kamu ingin berjaya,  
    berusahalah dengan gigih mulai (dari/daripada)
    sekarang.

9.Ibu mengambil tiga ( ulas/keping/helai ) daun kunyit
   untuk memasak rendang ayam.

10.Semasa ayah sampai di rumah, dia ternampak
    seorang lelaki cuba untuk ( melepasi/ mencerobohi/
    mengharungi) rumah jirannya.

11.Wajah cikgu lelaki itu nampak sahaja (ganas/
     bengis/ kacak) tetapi hatinya baik.

12.Milah suka membaca novel, (lebih-lebih lagi/
    namun begitu/ walaupun) jika dikarang oleh Munira.

13.Tubuh kakah agak kelihatan ( kempis/ tipis  /    
      langsing) setelah mengurangkan
      pengambilan makanan berlemak.

14.”Harap/ Sila/Mohon) tutup kepala paip air itu
     setelah digunakan,”pesan Puan Ani kepada
    murid-murid Tahun Satu Elit.

15.Barang-barang (daripada/dari) rotan itu merupakan
     ( bekas tangan/ buah tangan/ buah pena) pelatih-
     pelatih yang cacat penglihatan.

16.Mak Ton berdoa agar anaknya lulus dalam
     ( temuduga / temu duga) untuk menjadi
     (jururawat / juru rawat).

17.Mak Usu menitiskan air mata (apabila / bila )
     terkenang peristiwa ( usang/ silam/ lapuk ) yang
     pernah dilaluinya.

18.Perut Azim berasa amat ( loya/ perit/ payau) 
     setelah makan mee goring yang basi itu.

19.Akim ter(kejut/ kedu/ pegun) apabila melihat air
     melimpah masuk ke bilik tidurnya.

20.Kain songket yang telah siap di(tenun/ celup/kait)
    akan dimasukkan ke dalam plastic pembungkus.

21.Budin mahu membeli kasut baru kerana tapak
    kasutnya telah ( haus/ hancur/ punah ).

22.Suasana di dalam dewan SKOL (huru-hara/hingar-
    bingar / haru-biru) dengan suara ibu bapa ketika
    menunggu majlis penyerahan bantuan RM100.00.

23.Sementara menunggu air yang di(jerang/masak/
    tanak) mendidih, ibu menggoreng pisang tanduk.

24.Saida ( mengayuh / menuntun /membawa) basikal
     kerana tayar basikalnya bocor.

25.Barang-barang tembaga itu di(lap/ gilap/basuh)nya
     hingga berkilat.

26.Kartiman selalu menjual ikan yang (pucat-lesi/
     sugar-bugar/ warna-warni) kepada pelanggannya.

27.Kami menghadiahkan se(biji/buah/bentuk) cincin
     dan se(utas/urat/untai) rantai kepada ibu.

28.Mak Jah ( menabur/merenjis/ menjirus) bunga 
     mawar di pusara suaminya dengan perasaan hiba.

29.Rambut adik berbau ( hamis/hapak/haring) kerana
     beberapa hari tidak dicuci.

30.(Suka duka/ Esak tangis/ Gelak tawa) adik yang
     bermain bersama kawannya dapat didengar dari
     dalam rumah.

31.Datuk membawa ( obor-obor/ otak-otak/oleh-oleh)
    dari kampung ketika menziarahi kami di Bandar.

32.Niza berjalan dengan (laju/pantas/berlari) apabila
     menyedari ada orang yang mengekorinya.

33.Pokok-pokok bunga yang ditanam oleh Amir
     (kontot/ bantut/ pendek) kerana kekurangan baja.

34.Upacara (pertabalan/pemakaman/permasyhuran)
       Almarhum Sultan Ali akan berlangsung selepas
       solat Asar.

35.Upacara (pertabalan/ persemadian/pemakamam)
     Sultan Kedah sebagai Yang Dipertuan Agong akan
     dilaksanakan di Istana Negara yang baru.

36.(Pelepah/Batang/Daun) kelapa boleh dijadikan
      sebagai kayu api .
Latihan Tatabahasa 07
1.Saad memasukan beberapa ( biji/ketul/butir) ais
   ke dalam gelas.

2.Bas yang merempuh penghadang jalan itu hampir
   ter(junam/dampar/benam) ke dalam gaung.

3.”Jika (engkau/anda/kalian) tidak faham, bertanyalah
   kepada ( kami / aku/ saya) atau guru lain,”pesan
   Cikgu Arif kepada Malik.

4.Akibat makan terlalu banyak, perutnya terasa  
   sangat (senak/ sesak/ kejang).

5.Pokok kelapa itu (tumbang/ roboh/ runtuh) dan
  (merentangi/ melintasi / menyeberangi) anak sungai. 

6.”Setiap kali ibu memberikan nasihat, ada-ada
    sahaja kata yang (melantun/ melurut/meluncur)
    daripada mulut kamu,”kata ibu kepada Idah.

7.Simposium Budaya Rumpun Melayu itu dihadiri oleh
    beberapa orang ( sukarelawan/ beliawan/budaya-
    wan ) dari Indonesia dan Singapura.

8.(Tenunan/ Sulaman / Anyaman) pada baju kurung
     itu cantik dan kemas buatannya.

9.Baju Ayah dikotori oleh beberapa ( titis/ tompok/
   ketul ) dakwat yang terkeluar daripada pennya.

10.Beberapa (helai/ hiris/ keeping) daun limau purut
     dan tiga ( keping/ ketul/ biji) asam gelugur
     diperlukan untuk memasak tomyam.

11.Air telaga itu semakin (tohor/ resap/ telap) kerana
    musim kemarau yang berpanjangan.

12.Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/ kelam/
     pucat) kerana lama tidak di( gilap/ kilat/ lap).

13.Biskut kacang yang dibuat oleh kakak sedap dan
     (rangup/ rapuh/ gembur).

14.Banyak baju adik ( ketat / sendat/ padat) kerana
     berat badannya semakin bertambah.

15.Majlis itu (diserikan / dimulakan/ dirasmikan)
     dengan nyanyian lagu kebangsaan.

16.Ibu sedang ( menyalai/ membakar/ melayur) daun
     pisang di atas api.

17.Ayah (membakar/ memanggang/ merebus )
     lemang untuk jamuan hari raya.

18.Susu getah itu dicampurkan dengan asid formik
     Supaya cepat ( beku/ kejur/ kaku/tegang ).

19.Rambut adikmenjadi (kaku/ kejur/ tegang) kerana
     terlalu lama mandi di air.

20.Kebaya yang dipakai oleh Nadia berpotongan
     (senget/ serong/ condong ).

21.Minyak kelapa di dalam botol itu (tengik/ hapak/
     hangit) baunya.

22.Perjalanan bas dari Klang ke utara ( tersangkut/
      tersadai/ terkandas) akibat tanah runtuh.

23.Baju kemeja ayah telah (retas/ retak/ rekah)
     jahitannya.

24.Dinding rumah saya telah ( retak/ retas/ rekah)
      walaupun baru setahun dibina.

25.Ibu ( mengupas/ mengopak/ mengopek) kulit buah
     kiwi sebelum memakannya.

26.Anak-anak ayam itu ( mengerit/ menggigit /
     mencatuk ) makanan yang bertaburan di tanah. 

27.Lori itu ter(kandas/ campak/ humban) ke dalam
     sungai setelah bertembung dengan sebuah kereta.

28.Puan Lim (menatang/ membimbit/ menjinjing)
     sebuah kamus kecil semasa keluar dari bilik guru.

29.Burung undan (meragut/ merentap/ menyambar)
     ikan-ikan di dalam air sebagai makanannya.

30.(Adunan / Gaulan/ Kepalan) tepung itu agak keras
     kerana kekurangan air.
31.Semua guru bersetuju untuk (melepaskan/
      melucutkan/ membebaskan) jawatan Adli sebagai
     bendahari Kelab Guru.
32.Ahli-ahli PBSM sedang belajar cara (membungkus/
    melilit/ membebat) luka.
33.Anak-anak kapal mula (membongkar/
    melabuhkan/ menjatuhkan) sauh apabila kapal
    menghampiri pangkalan.

34.Pak Leh ( memangkas/ mencantas/ menebang)
     rimbunan pokok teh di tepi pagar sekolah.
35.Solekan artis itu (kuat/ nipis/ tebal) sangat
sehingga penonton tidak dapat mengecam wajahnya.

36.Lambakan bahan bacaan (hingusan/ ringan/
    Picisan) di pasaran amat membimbangkan ibu
    bapa.

37.Sawah padi yang ter(dampar/ papar/hampar) luas
    Menarik perhatian para pelancong asing itu.

38.Setiap malam ayah (menyentak/menyelak/
    daun pintu rumah kami sebelum masuk ke bilik.
 

Latihan Tatabahasa  08
1.Guru itu akan mengajar mata pelajaran bahasa
   Malaysia. ……………

2.Guru itu akan mengajar mata pelajaran Bahasa
    Malaysia.  ………..

3.Novel itu menceritakan tentang ketabahan
   seorang isteri. …………

4.Novel itu menceritakan ketabahan seorang
   isteri.  …………..

5.Kerja rumah Matematik telah saya siapkan …………

6.Kerja rumah Sains telah disiapkan oleh saya. ……...

7.Anim menyatakan bahawa dia telah sihat. ………….

8.Anum menyatakan yang dia telah sihat. …………….

9.Kamu harus mengikut nasihat doktor agar supaya
   cepat sembuh. ……………..

10.Kamu harus mengikut nasihat doktor supaya
     cepat sembuh. ……………

11.Kita perlu berjumpa doktor bila sakit. …………..

12.Kita perlu berjumpa doktor apabila sakit. …………..

13.Radio itu tidak dapat digunakan oleh kerana
     tiada kuasa elektrik. ………….

14.Radio itu tidak dapat digunakan sebab tiada
     kuasa elektrik. ……………

15.Radio itu tidak dapat digunakan kerana tiada
     kuasa elektrik. ……………..

16.Radio itu tidak dapat digunakan oleh sebab
     tiada kuasa elektrik. ……………

17.Buku ini adalah merupakan hasil kerja saya yang
     pertama. …………….

18.Buku ini merupakan hasil kerja saya yang
     pertama.  ………….

19.Dengan ini dimaklumkan bahawa semua pejabat
     kerajaan ditutup esok. …………….

20.Adalah dimaklumkan bahawa semua pejabat
    kerajaan ditutup esok. ……………

21.Jumal bekerja keras demi mencapai kejayaan. …...

22.Jumal bekerja keras demi untuk mencapai
     kejayaan . …………..

23.Di dalam hati saya terselit, rasa lucu akan 
     sikapnya. ……………
24.Dalam hati saya, terselit rasa lucu akan
     sikapnya. …………

25.Di antara kesan penyalahgunaan dadah ialah
      kematian. …………..

26.Antara kesan penyalahgunaan dadah ialah
     kematian. …………

27.Kerepek itu disimpan di dalam bekas kedap udara
     supaya tidak lemau. …………….

28.Biskut itu disimpan dalam bekas kedap udara agar
     tidak lemau.  ………………

29.Amboi ! kamu telah berjaya memenangi
     pertandingan itu. …………..

30.Arif membeli goreng cempedak di warung Mak 
     Jah.  ……………..

31.Buah ciku muda itu rasanya agak kelat. …………

32.Cikgu Biah akan dipindah ke Ipoh pada bulan
     Jun. …………..

33.Bunga hiasan itu diperbuat dari daun getah. ………

34.Jalan raya di pusat bandaraya sangat sesak. ……..

35.Mereka sedang bersembang di bawah pohon yang
     rendang. ……………

36.Kapal selam Rusia menenggelami kapal  
     musuh…………

37.Banjir besar menenggelami rumah-rumah
     di kawasan yang rendah. ………..

38.Kapal selam Amerika menenggelamkan kapal
     musuh. …………….

39.Banjir besar menenggelamkan rumah-rumah
     di kawasan yang rendah. …………….

40.Pohon-pohon buluh memagari kawasan rumah
      Pak Samad. ………….

41.Pak Samad memagarkan batang-batang buluh
     di kawasan rumahnya. ……………..

42.Salwa menghadiahi suaminya sebuah jam tangan
     jenama Casio. ……………

43.Salwa menghadiahkan suaminya sebuah jam
     tangan jenama Citizen.  ……………

44.Mira dihadiahkan oleh anaknya sehelai tudung
     ketika hari jadinya. ……………..

45.Mona dihadiahi oleh anaknya sepasang baju
     kebaya moden. ……………..
 Latihan Tatabahasa 09
1.Amir ( menghidu/ menghirup/ mengucup) bau
   buah durian itu sebelum membelinya.

2.Beberapa orang pekerja diperlukan untuk 
  ( menebas/ memotong/menebang) semak
   di ladang kelapa sawit yang (lebar/ besar/
   luas).

3.Ibu berjalan dengan ( laju/pantas/deras)  
   menuju ke ruang tamu rumah.

4.Pak Leh (menyarung/ menyumbat/menyisip)
   sebuah keris pada pinggang pengantin lelaki.

5.Diah kelihatan ( curiga/ murung/ cuak) sejak
   kucing kesayangannya mati dilanggar kereta.

6.Dali ( membaringkan/ menyandarkan/
  merobohkan basikalnya pada sebatang pokok.

7.”Jangan (suka-suka/ sekali-sekala/sesekali) ber-
   cakap bohong.”kata ibu kepada Amin.

8.Kemalangan tersebut telah mengganggu
   (kelancaran/kesesakan/kelicinan) lalu lintas
   di hadapan sekolah.

9.Aman (menjulang/ menatang/ mengangkat)
   piala yang dimenanginya di hadapan para
   penonton di Dewan Astaka, OLak Lempit.

10.Tok Mat duduk di pangkin sambil (menyirat/
    menjahit)  se(rawan/bidang) jala.

11.Pak Tam sedang ( mengetam/ melorek/
    menakik) sekeping papan di bangsal .

12.Murid-murid ( berebut/ berbaris/ berduyun)
    masuk ke makmal komputer untuk belajar
    Sains bersama Cikgu Mija.

13.Buah epal yang disimpan di dalam peti sejuk 
     itu sudah ( layu/ lusuh/ lisut) .

14.Pak Jais ( bersungut/ berdehem/berdesis)
     apabila melihat anak lelakinya pulang lewat.

15.Kerajaan berusaha pelbagai cara untuk
     mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang  
     (mampan/ mempan/ mapan ).

16.Kerajaan (mengwar-warkan/ meruwar-
     ruwarkan / menguar-uarkan) bahawa
     penyakit SARS telah terkawal.

17.Daging itu perlu ( dibungkus/ dilumur/ ditabur)
     dengan rempah sebelum dipanggang.
18.(Pelancaran/ Pelaksanaan/Perancangan)
     program sekolah penyayang akan diadakan
     pada minggu depan.

19.Segala kutipan derma itu akan ( disalurkan/
    disalirkan/disebarkan) kepada anak-anak
     yatim.

20.Busu menolong ( mencalit / mencatat/men-
     calar) warna di atas kertas lukisan adiknya.

21.Akibat terlalu marah, Kamal (menghayun/
     melepaskan/memberikan) tumbukan ke muka
     Adil.

22.Setiap peserta dalam ekspedisi mendaki
    Gunung Kinabalu perlu ( pantas/ lasak/tegap)
     dan sanggup menghadapi risiko.

23.Farid tersenyum seorang diri apabila
    mengenangkan ( kebahagian/ keakraban/
    keseronokan ) bermain bersama kawan-
    kawannya semasa kecil.

24.Nizam murid yang aktif dalam kokurikulum.
   ( Selepas itu/ Lantaran itu/ Lebih-lebih lagi)
    dia telah terpilih sebagai pengawas sekolah.

25.Mayat ibu yang ( terbujur/ terlentang/terletak)
    kaku sedang diziarahi sanak-saudaranya.

26.Azri ( meragut/ menyambar/menyentak) joran
   nya apabila umpannya dimakan ikan.

27.Alam semulajadi ialah khazanah Negara yang
 mesti (dinilai/dipupuk/dipelihara) kewujudannya.

28.Bola ping pong yang (kempis/kecut/kemik)
   dapat kembali ke bentuk asal (apabila/bila) 
    dimasukkan ke dalam air panas.

29.Rumah itu akan dicat (selagi/ketika/sekiranya)
    ada orang yang hendak menyewanya.

30.Kereta Proton Saganya masih lagi meragam
     (kemudian/ jika/walhal) dia telah menghantar
     ke bengkel dua hari yang lalu.

31.Pada waktu ( aman/ tenang/ senggang) 
     abah gemar membaca surat khabar.

32.Dila berasa ( gerun/ seram/ gelabah) ketika
    melalui lorong yang sunyi dan samar-samar.

33.Sultan Selangor akan mengadakan lawatan
     ( sekejap/ seketika/ singkat) ke Banting.


LATIHAN TATABAHASA 10
1.Kaki Sahak digigit pacat, darah (  
   cair/merah/peka  meleleh di kakinya.

2.Semua bajunya sudah menjadi ( ketat/ besar/ singkat/longgar) kerana badannya sudah berisi.

3.Jalil mengasah pisau itu kerana sudah ( tumpul/
    tajam/kasar/patah).

4.Udara di Calet Sungai Congkak sungguh ( 
   nyaman/ indah/cergas.)

5.Adik ( mengerang/ mengeluh/merintih) kesdakitan apabila doctor mencuci lukanya.

6.Badan Nisa ( menggeliat/menggeletar/
   menggelepar) kerana ketakutan.

7.Mak Senah sedang ( mengetuk/menumbuk/
   memalu) bawang dan garam  di dalam  
   lesung batu.

8.Anak ayam lari ( bertempiaran/berhaburan/
   bergelandangan) apabila seekor helang cuba
   ( merenggut/menyambar/mematuk)nya.

9.Kampung Indah dan Kampung Seri ( terbelah/
   terpecah/terpisah) oleh sebatang sungai.

10.Ular sawa itu sedang ( menelan/memakan/
    melulur) seekor ayam kampung.

11.Ibu amat gemar makan telur ayam masak
     ( sesetengah/ separuh/ semua).

12.(Setiap/Tiap/ Sebilangan) kawasan lapang
     dibelakang rumahnya ditanam dengan
     (berbagai/pelbagai/sebagai) sayuran.

13.(Kedua/Tiap-tiap/Kedua-dua ) orang pencuri
     Itu telah berjaya diberkas oleh polis.

14.(Ribuan/beberapa/Setengah) helai kertas   
      melayang apabila Kamal menghempas fail   
      ke atas mejanya.

15.( Namun begitu/ Jika begitu/Andai kata)
    permohonan cuti Nila dibekukan, dia tetap
     akan membuat rayuan.

16.Apabila matahari mulai ( senget/ condong/
      datar), kami pun berangkat pulang.

17.Suzi yakin bahawa dia ( akan dapat/ mesti
    dapat/ harus dapat) menjawab semua
    soalan Sains dalam Ujian Bulanan Pertama.

18.Gempa bumi yang kuat telah menyebabkan
    bangunan di kawasan sekitarnya ( bergetar/
    berkocak /bergoncang).

19.Tayar kereta itu ( kemik/ kempis/ bocor) 
      kerana kurang angin.

20.Beberapa ( isi/ usul/ fakta) telah dibincangkan
     dalam mesyuarat agung PIB-G.

21.Cikgu Mael cuba ( menghubungi/memaklumi
     mendekati ibu bapa murid yang ditahan oleh
     pihak polis.

22.Saad naik berang lantaran ejekan Muiz ( lalu/
      sambil) diambilnya ( segumpal/ secubit/
   segenggam) tanah dan dilempar ke arah Muiz.

23.Semua murid Tahun Enam ( memperolehi/
     memperoleh) pengetahuan yang berguna
     ( dari / daripada) lawatan ke Petrosains.

24.Ubat itu amat ( istimewa/ mujarab/ aneh)
     Kerana dapat menawarkan penyakit yang
     (dihidapi/ dihadapi) oleh Kiah.

25.Pemburu itu ( menjenguk/memperinci/
    mengamati) jejak binatang buruannya
    di atas tanah berpasir dengan cermat.

26.Se ( patah/ biji/ butir) kata pun tak dapat
    diucapkannya ketika Abul berdepan dengan
    guru disiplin yang garang itu.

27.Kebakaran hutan itu dikatakan berpunca
     daripada se( batang/ biji/ punting ) rokok.

28.nenek menjamah se( kapur/helai/gulung)
     sireh sebelum turun ke sawah.

29.Ibu tua itu berasa ( tersisih/ tersedu/terkilan )
  kerana tidak sempat bertemu dengan anaknya.

30.Mama masih menyimpan gambar ayah
     walaupun gambar itu sudah ( kumal/ buruk/
     pudar ) warnanya.

31.Wajah perompak  yang dikehendaki oleh
   pihak polis itu ( terdapat/ terlekat/terpampang)
   di surat khabar Utusan Malaysia.

32.Barangan tembikar yang dijumpai dalam kapal yang tenggelam itu tidak ( ternilai/bernilai/
  dinilai ) harganya.

33.”(Pada/ Daripada/ Dari ) pendapat kamu,
    (mengapa/ bagaimana/apa)kah 
    kelakuannya berubah sejak akhir-akhir ini.”
Tatabahasa  11
1.Haji Noh duduk di serambi rumahnya ( lalu /
   sambil ) ( menajam/menggosok/mengasah)
   pisau untuk menyembelih ayam.

2.”Sulaman yang ( awak/ beliau/kalian) buat
   ini amat cantik,” kata ibu kepada kawannya.

3.Cabaran semasa mendaki Gunung Tahan
   tetap ( terpaut/ tercoret/ terpahat ) dalam
   ingatan Dollah Anbari.

4.Kebakaran yang berlaku di rumah itu (bermula/
   bersebab/berpunca) daripada litar pintas.

5.Kami berasa ( sayup/ goyah/ gayat) apabila
   melihat ke bawah ketika menaiki kereta kabel
   ( di / pada ) Gunung Mat Cincang, Langkawi.

6. “Saya berharap kejadian ini menjadi (ajaran/
    pelajaran /pengajaran) kepada kalian,”kata
    ibu kepada Ali dan Abu.

7.Tangan kakak berbau ( hamis/ hanyir/ haring)
   setelah menyiang ikan beberapa ikan sungai.

8.Beberapa ( buah/ batang/ pohon) pokok 
   tumbang di tepi jalan raya dan (menghalang/
   merentangi/menahan) lalu lintas.

9.Udin ( member /memberikan) bunga itu (pada/
   kepada) buah hatinya.

10.Nizam telah diarahkan mengawas di sekitar
    Sekolah. ( Selepas itu/ Lantaran itu/ Sementara
    itu ) Saif pula ditugaskan menjaga kawasan
    tandas.

11.Puan Nur sedang ( mengayun/mengenjut/
    Menarik ) buaian untuk menidurkan anaknya.

12.Ular tedung itu telah ( menggigit/memagut/
    menelan) kaki budak lelaki itu.

13.Dalam ucapannya, Menteri Besar Selangor mahu para usahawan lebih ( berdaya maju/
berdaya saing/bersatu padu) untuk mendapat-
kan peluang perniagaan yang lebih baik.

14. “Usahlah kamu percaya akan perkara yang
  ( carut marut/ sangkut paut/ karut marut)itu,
    Azmi. Itu cerita tahyul.

15.Ibu kelihatan ………. dan berjalan …………..
     di ruang tamu rumah kerana anak lelakinya
     belum pulang.
A    remuk-redam …..liang-liut
B    riuh-rendah ……….huyung-hayang
C    keluh-kesah ……..mundar-mandir

16.Semasa menoreh getah di kebunnya, Abas
    (tertendang/terpijak/tersepak) batu besar.

17.Merokok bukan sahaja ……membazirkan
   wang ……….boleh mendatangkan pelbagai
   penyakit kronik.
A    bukan sahaja …….namun
B     bukan sahaja …….bahkan juga
C    bahkan ……. Namun

18. “Usahlah kamu ( jatuh hati/berat hati/ ambil hati) dengan sikapnya tadi.  Dia memang begitu,”pujuk Esah kepada Liya.

19.Idah selalu ditegur oleh ibunya kerana dia hanya membuat kerja apabila disuruh sahaja.
Situasi tersebut sesuai sekali dengan peribahasa
A    Laksana kunyit kena kapur
B    Laksana pahat denganpenukul
C   Laksana kera dapat bunga

20.Beberapa kuntum bunga ros sedang mekar
  di taman. Perkataan berlawan bagi mekar ialah
A    layu                       B    kembang
C    terkulai                  D    segar

21.Gejala sosial yang melanda remaja masa kini
   amat membimbangkan. Perkataan seerti bagi
    gejala ialah….
A    keadaan               B    masalah
C    ancaman              D    rintangan

22.Tulis salah atau betul pada ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
a.Kami akan pergi ke rumah mereka petang ini. .
b.Tukang masak itu telah mereka satu resepi yang baru. ………..
c.Mereka ketakutan apabila namanya dipanggil
    oleh guru disiplin.
d.Bantuan BR1M akan diberi kepada mereka
    yang layak sahaja. ……….

23.Pilih ayat Tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Berita itu tersebar luas setelah disiarkan di akhbar.
A   Mengapakah berita itu boleh tersebar?
B   Bagaimanakah berita itu boleh tersebar luas?
C  Siapakah yang menyebarkan berita itu?

24.Pilih ayat yang betul.
A   Kawasan rumah itu telah dibersihkan oleh
      kami semalam.  ……….
B   Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ditutup
     pada hari Isnin. ……….
C  Kereta Kia yang terbabit di dalam
      kemalangan itu baru tiba dari Taiping.
 Tatabahasa  12
1.Ayah sedang (memotong/mencantas/
   menebang) dahan pokok ciku yang rending.

2.Bilik Abu berbau ( hancing/hapak/tengik)
   setelah sebotol minyak kelapa tertumpah
   di situ minggu lepas.

3.Ibu ( menyapu/mengesat/mengibas) perabot
   Jati itu dengan sehelai tuala untuk menghilang-
   kan habuk.

4.Mak ( menampi/menapis/mengayak) beras
pulut yang akan digunakan untuk dibuat lemang

5.Daun-daun lalang di tepi bukit itu (berkibar-kibar/ berlambai-lambai/berliang-liuk) ditiup angin ketika hujan lebat.

6.Jari tangan Erah ( melekit/melecet/meleret)
  kerana terlalu lama menebas semak-samun.

7.Laut yang ( terpapar/ terbentang/terbuka)
   luas member rezeki kepada para nelayan.

8.Air mata ibu (berlinangan/berguguran/ber-
   curahan) setelah mendapat tahu anaknya
   cemerlang 9A dalam peperiksaan SPM.

9.Pengadil meminta pembantunya menegang-
    kan jaring badminton yang ( lentur/kendur/
    lendut)itu.

10. “( Patik/ Hamba/Tuan Hamba) akan berjuang
    demi maruah dan daulat sultan,”kata Hang
    Jebat kepada Bendahara Tun Perak.

11.(Jurusolek / Juru solek)mengenakan gincu
    ( di / pada/ kepada) bibir pengantin itu
     dengan teliti.

12.Perdana Menteri China itu terpaksa meng-
     gunakan khidmat ( juruacara/jurubahasa/
     jurucakap) untuk berkomunikasi dengan
     Perdana Menetri Malaysia.

13.Kakak menyuruh adik menutup tin itu agar
  biskut di dalamnya tidak ( rapuh/lemau/lembut)

14. “Jangan ( diceduk/dicekup/dicekuh) lauk
   di atas meja itu, nanti lauk itu cepat basi,”
   pesan nenek kepada adik.

15.Pakaian nenek itu kelihatan ( kumal/kusam/
    kersang) kerana tidak diurus dengan baik.

16.Badan murid berbau ( cengis/hancing/tengik)
    setelah dua jam bermain bola di padang.
17.Limah (terharu/terkilan/tersentuh) kerana tidak
   dapat pulang berhari raya di kampungnya.

18. “(Titah / Kata) tuanku akan ( hamba/patik)
     junjung,” sembah Hang Nadim kepada sultan.

19.Emir ( merintih/mengerang/mengeluh)
     kesakitan apabila doctor mencuci lukanya.

20.Badan Azila ( menggeliat/menggeletar/
    menggelepur) kerana ketakutan.

21.Mak Inah sedang (menumbuk/mengetuk/
   memukul) bawang di dalam lesung batu.

22.Anak ayam lari (bertempiaran/bertaburan)
    apabila seekor helang cuba ( merampas/
    meragut/menyambar).

23.Kampung Belian dan Kampung Emas (terpisah
     terbelah/terbahagi) oleh (sebatang/sebuah) 
     sungai.

24.Ular sawa itu (membelit/melilit) lalu (melumur/
     melulur/melebur) anak kambing itu.

25.Pak Mat ( mengumpul/ mencapai/meraih)
     keuntungan berganda apabila jualan tudung
     nya laris.

26.Mulut adik ( tersengih/terlopong/terkatup)
     ketika mendengar cerita kakaknya yang
     baru pulang ( dari/daripada ) London.

27.Banduan itu terpaksa ( menetap/menginap/
     Meringkuk) di penjara selama lapan tahun
     (kerana/ oleh kerana)kesalahan mencuri.

28.Erin (mencantumkan/menampalkan/melekat-
     kan)perca-perca kain pada baju yang koyak.

29.Sang Kancil yang cerdik itu berjaya (melintasi/
     mengharungi/menyeberangi) sungai yang
     dalam itu dengan tipu helahnya.

30.Setelah (menanak/memasak) nasi, ibu
    (menghiris/menyiang/memotong) ikan kerapu
     yang  dibeli oleh ayah.

31.
      
    





















  
  




No comments:

Post a Comment